Wednesday, July 12, 2017

SURAH AL-MAA'UUN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan ia tidak menggalak untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadah dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikir pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatkannya). (7)

ASBABUN NUZUL

Surah Al-Maa'uun terdiri dari 7 ayat. Diturunkan di Mekah dan termasuk surah Makiyyah. Kata "Al-Maa'uun" diambil dari ayat terakhir bererti barang berguna. Surah Al-Maa'uun mempunyai beberapa nama iaitu : Ad-Diin (agama, pembalasan), At-Takdzib (dusta/kebohongan), Al-Yatim (anak yatim), dan ara'aita (tahukah kamu). Surah ini adalah wahyu yang ke 17 yang diterima Nabi Muhammad. Ia turun setelah surah Al-Takatsur dan sebelum Al-Kaafiruun.

Surah ini turun berkaitan dengan salah seorang kaum kafir Mekah yang setiap minggu menyembelih seekor unta. Suatu ketika, seorang anak yatim datang meminta sedikit daging yang telah disembelih itu. Namun, ia tidak memberinya bahkan diherdik dan diusir.

Menurut Al-Biqa'i, surah ini diturunkan sebagai peringatan bagi mereka yang mengingkari datangnya hari kebangkitan kerana pengingkaran terhadap hari kebangkitan adalah sumber dari segala kejahatan. Dan akan mendorong manusia untuk melakukan berbagai akhlak yang buruk dan melecehkan kebajikan.

Surah Al-Maa'uun menjelaskan tentang beberapa bentuk sikap dan perbuatan yang dapat digolongkan sebagai mendustakan agama. Perbuatan-perbuatan tersebut adalah :

a. Mengherdik anak yatim dan tidak mahu menolong orang miskin yang sedang kelaparan. Mereka disebut demikian kerana menduga bahawa perbuatan baik kepada anak yatim dan membantu orang miskin tidak menghasilkan apa-apa. Ini bererti mereka mengingkari adanya hari pembalasan. Padahal agama memerintahkan untuk percaya kepada datangnya hari pembalasan. Dan orang yang mengingkari adanya hari pembalasan biasanya akan berlaku seenaknya. Dan perbuatan dosa telah menjadi teman hidupnya yang berhujung kepada kerugian, baik untuk dirinya mahupun orang yang ada disekitarnya. Dan pada akhirnya akan membuat kerosakan kepada masyarakat.



b. Mereka yang melalaikan solatnya. Iaitu mereka yang melaksanakan solatnya hanya bertujuan untuk riya' dan mencari pujian orang lain. Perbuatan riya' inilah yang menyebabkan manusia kemudian menjadi sombong. mereka lupa bahawa solat adalah ibadah yang bertujuan menghilangkan sifat sombong tersebut. Oleh kerana itu sifat riya' digolongkan sebagai perbuatan syirik kecil, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Sesuatu yang sangat aku takutkan akan menimpa kalian ialah syirik kecil. Nabi lalu ditanya apa itu syirik kecil, kemudian beliau menjawab riya'. (HR Ahmad)



No comments:

Post a Comment