Perbuatan riya' dikategorikan sebagai syirik kecil kerana di dalamnya menganduungi sifat takabbur (sombong). Dan orang yang sombong adalah orang yang memuji dirinya sendiri secara berlebihan sehingga meniadakan keberadaan Allah SWT yang merupakan sumber dari semua yang ia banggakan. Seakan-akan semuanya adalah hasil usahanya sendiri bukan dari Allah.
Sebab yang kedua sehingga seorang dianggap telah melalaikan makna solat adalah enggan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. Menurut Prof. Di. Quraish Shihab, yang dimaksudkan dari kata Al-Maa'uun dalam ayat ini adalah bantuan yang kecil sifatnya. Sehingga menurut beliau memberikan bantuan yang kecil sahaja mereka enggan, apalagi bantuan yang besar. Alangkah ruginya orang yang bersifat sedemikian.
Kedua hal diatas merupakan tanda-tanda mereka yang tidak menghayati makna solat dan tujuannya. Kerana sesungguhnya solat berisikan doa (permohonan). Orang yang berdoa bererti menyatakan dirinya lemah dan perlukan bantuan. Oleh kerana itu tidak pantas bagi mereka yang solat utuk berbuat riya' dan enggan memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan. padahal mereka sendiri adalah orang-orang yang memerlukan pertolongan Allah. Sesungguhnya orang seperti ini tidak tahu mensyukuri diri. Sama-sama memerlukan pertolongan namun tidak mahu menolong sesama yang memerlukan.
Jadi dapat disimpulkan bahawa seseorang dianggap telah menjalankan solat dengan sempurna apabila telah memenuhi dua syarat yang berikut :
Ikhlas melakukannya kerana Allah SWT.
Merasakan keperluan yang dirasakan oleh orang-orang yang lemah dan sedia membantu mereka.
Dengan demikian, semakin jelas bahawa agama Islam menuntut kebersihan jiwa, kepedulian terhadap lingkungan sekitar dan kerjasama antara sesama makhluk Allah kerana tanpa itu semua, mereka yang solat pun akan dinilai sebagai orang yang telah mendustakan agama dan mengingkari hari kebangkitan.
No comments:
Post a Comment