Thursday, July 13, 2017

ASBABUN NUZUL


Adapun sebab turunnya surah ini ialah berkenaan dengan orang-orang munafiq yang mempamerkan solat kepada orang yang beriman; mereka melakukan solat dengan riya' dan meninggalkan apabila tidak ada yang melihatnya serta menolak memberikan bantuan kepada orang-orang miskin dan anak yatim (Hadis Riwayat Ibnu Munzir melalui Tharif Ibnu Abi Thalhah yang bersumber dari Abdullah bin Abbas).


Abdullah bin Abbas telah menceritakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang munafiq kerana mereka selalu mempamerkan solat mereka dihadapan orang-orang yang beriman (riya'), sewaktu orang-orang yang beriman berada diantara mereka. Tetapi, jika orang-orang yang beriman tidak ada diantara mereka, mereka pun meniggalkan solat, disamping mereka juga tidak mahu memberikan pinjaman barang-barang mereka kepada orang-orang yang beriman.

TAFSIR

Surah ini diawali dengan kalimat tanya untuk menarik perhatian pembacanya. Kemudian Allah SWT sendiri menjawab pertanyaan tersebut satu per satu. Tujuannya ialah agar pembaca benar-benar memperhatikan dan meresapi makna yang terkandung di dalamnya. Biasanya setiap ayat yang didahului dengan pertanyaan mengandungi nilai yang sangat penting untuk segera difahami dan diamalkan. Pertanyaan yang paling utama ialah "Siapkah pendusta agama?" Maka jawabannya segera disusuli setelah pertanyaan tersebut. Ayat selanjutnya menjawab secara tegas bahawa pendusta agama ialah orang yang tidak mahu membantu anak yatim. Ciri berikutnya ialah orang yang tidak mahu menyeru untuk dana dan makanan supaya diberikan kepada orang miskin.

ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN AGAMANYA

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Siapa yang membaca Al-Quran memahami isi Al-Quran dan mengamalkannya semampu ia maka Rasul akan membawa ia ke pintu syurga dan ditunjukkan pintu syurga. Firman Allah dalam surah Al-Maa'uun disebut juga surah Ar-Roitalladzi dan pahala yang membaca surah ini besar, Allah SWT akan ampuni semua dosanya selagi ia menunaikan zakatnya."

Imam Ja'far Shodiq bersabda dari Rasulullah SAW : "Siapa yang membaca surah ini (Al-Maa'uun) dalam setiap solat fardhunya mahupun solat sunnahnya maka Allah terima sholatnya zakatnya dan selamat dari hisab-Nya, yang membaca surah ini sesudah solat Isya' maka Allah SWT akan jaga ia sampai datang solat subuh, sehabis solat Asar maka ia dalam penjagaan Allah SWT sampai waktu Asar keesokan harinya. kebanyakkan kamu mufassirin menggolongkan surah ini adalah surah Makiyyah, ada juga yang mengatakan Madaniyyah dan ada juga lagi yang mengatakan sebahagian turun di Mekkah dan sebahagian turun di Madinah.


Ada yang meriwayatkan surah ini turun berkaitan Abu Jahal yang waktu ada anak yatim meminta haknya tetapi tidak diberi bahkan dibentak dan diperlakukan dengan keras, lalu mereka mengejek Nabi Muhammad SAW dengan menyuruh anak tadi datang kepada Rasulullah SAW kemudian diceritakan apa yang mereka (teman-teman Abu Jahal) tadi katakan. Rasulullah SAW kemudian bersama anak itu mendatangi Abu Jahal dan Abu Jahal hanya terdiam dan langsung terus memberi haknya itu. Kemudian Abu Jahal ditertawakan oleh teman-temannya kerana ia mahu memberikan hak anak yatim itu kerana takut dipukul oleh Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, July 12, 2017

KANDUNGAN SURAH AL-MAA'UUN



1. Orang yang mendustakan agama adalah orang yang tidak menyayangi anak yatim dan tidak mengajak orang lain untuk membantu orang miskin.

2. Celaka orang yang solat dalam keadaan lalai, tidak menyedari gerak dan bacaan solatnya.

3. Termasuk golongan yang celaka orang yang riya' dalam mengerjakan amal kebajikan dan orang yang tidak mahu meminjamkan atau memberikan barang-barang yang tidak diperlukannya tetapi orang lain sangat memerlukannya.

4. Sifat-sifat manusia yang buruk yang membawa mereka ke dalam kesengsaraan.

5. Tidak memelihara solat pada waktunya (tidak menunaikannya tepat waktunya).

PENGAJARAN SURAH AL-MAA'UUN

Perbuatan riya' dikategorikan sebagai syirik kecil kerana di dalamnya menganduungi sifat takabbur (sombong). Dan orang yang sombong adalah orang yang memuji dirinya sendiri secara berlebihan sehingga meniadakan keberadaan Allah SWT yang merupakan sumber dari semua yang ia banggakan. Seakan-akan semuanya adalah hasil usahanya sendiri bukan dari Allah.

Sebab yang kedua sehingga seorang dianggap telah melalaikan makna solat adalah enggan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. Menurut Prof. Di. Quraish Shihab, yang dimaksudkan dari kata Al-Maa'uun dalam ayat ini adalah bantuan yang kecil sifatnya. Sehingga menurut beliau memberikan bantuan yang kecil sahaja mereka enggan, apalagi bantuan yang besar. Alangkah ruginya orang yang bersifat sedemikian.

Kedua hal diatas merupakan tanda-tanda mereka yang tidak menghayati makna solat dan tujuannya. Kerana sesungguhnya solat berisikan doa (permohonan). Orang yang berdoa bererti menyatakan dirinya lemah dan perlukan bantuan. Oleh kerana itu tidak pantas bagi mereka yang solat utuk berbuat riya' dan enggan memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan. padahal mereka sendiri adalah orang-orang yang memerlukan pertolongan Allah. Sesungguhnya orang seperti ini tidak tahu mensyukuri diri. Sama-sama memerlukan pertolongan namun tidak mahu menolong sesama yang memerlukan.

Jadi dapat disimpulkan bahawa seseorang dianggap telah menjalankan solat dengan sempurna apabila telah memenuhi dua syarat yang berikut :
Ikhlas melakukannya kerana Allah SWT.
Merasakan keperluan yang dirasakan oleh orang-orang yang lemah dan sedia membantu mereka.

Dengan demikian, semakin jelas bahawa agama Islam menuntut kebersihan jiwa, kepedulian terhadap lingkungan sekitar dan kerjasama antara sesama makhluk Allah kerana tanpa itu semua, mereka yang solat pun akan dinilai sebagai orang yang telah mendustakan agama dan mengingkari hari kebangkitan.

SURAH AL-MAA'UUN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan ia tidak menggalak untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadah dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikir pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatkannya). (7)

ASBABUN NUZUL

Surah Al-Maa'uun terdiri dari 7 ayat. Diturunkan di Mekah dan termasuk surah Makiyyah. Kata "Al-Maa'uun" diambil dari ayat terakhir bererti barang berguna. Surah Al-Maa'uun mempunyai beberapa nama iaitu : Ad-Diin (agama, pembalasan), At-Takdzib (dusta/kebohongan), Al-Yatim (anak yatim), dan ara'aita (tahukah kamu). Surah ini adalah wahyu yang ke 17 yang diterima Nabi Muhammad. Ia turun setelah surah Al-Takatsur dan sebelum Al-Kaafiruun.

Surah ini turun berkaitan dengan salah seorang kaum kafir Mekah yang setiap minggu menyembelih seekor unta. Suatu ketika, seorang anak yatim datang meminta sedikit daging yang telah disembelih itu. Namun, ia tidak memberinya bahkan diherdik dan diusir.

Menurut Al-Biqa'i, surah ini diturunkan sebagai peringatan bagi mereka yang mengingkari datangnya hari kebangkitan kerana pengingkaran terhadap hari kebangkitan adalah sumber dari segala kejahatan. Dan akan mendorong manusia untuk melakukan berbagai akhlak yang buruk dan melecehkan kebajikan.

Surah Al-Maa'uun menjelaskan tentang beberapa bentuk sikap dan perbuatan yang dapat digolongkan sebagai mendustakan agama. Perbuatan-perbuatan tersebut adalah :

a. Mengherdik anak yatim dan tidak mahu menolong orang miskin yang sedang kelaparan. Mereka disebut demikian kerana menduga bahawa perbuatan baik kepada anak yatim dan membantu orang miskin tidak menghasilkan apa-apa. Ini bererti mereka mengingkari adanya hari pembalasan. Padahal agama memerintahkan untuk percaya kepada datangnya hari pembalasan. Dan orang yang mengingkari adanya hari pembalasan biasanya akan berlaku seenaknya. Dan perbuatan dosa telah menjadi teman hidupnya yang berhujung kepada kerugian, baik untuk dirinya mahupun orang yang ada disekitarnya. Dan pada akhirnya akan membuat kerosakan kepada masyarakat.



b. Mereka yang melalaikan solatnya. Iaitu mereka yang melaksanakan solatnya hanya bertujuan untuk riya' dan mencari pujian orang lain. Perbuatan riya' inilah yang menyebabkan manusia kemudian menjadi sombong. mereka lupa bahawa solat adalah ibadah yang bertujuan menghilangkan sifat sombong tersebut. Oleh kerana itu sifat riya' digolongkan sebagai perbuatan syirik kecil, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Sesuatu yang sangat aku takutkan akan menimpa kalian ialah syirik kecil. Nabi lalu ditanya apa itu syirik kecil, kemudian beliau menjawab riya'. (HR Ahmad)